Tuesday, 25 October 2016

KEPENTINGAN MEMILIKI TAKAFUL DALAM KEHIDUPAN MASA KINI




Kemalangan jalanraya yang membawa kepada kematian dan kecacatan kekal serta mengalami penyakit kronik sering dikaitkan dengan simpanan kewangan bagi menghadapi dua musibah ini.

Betapa bernilainya sesuatu nikmat kesihatan hanya dapat diketahui setelah nikmat tersebut hilang dari seseorang. Bagi mendapatkan kembali nikmat kesihatan tersebut, kos perubatan amatlah tinggi perlu dibelanjakan.

Jadi, melalui pemilikan caruman Takaful (medical card) yang berprinsipkan tolong-menolong dan menepati kehendak Syara' seperti dalam panduan Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti dapat membantu anda dalam menampung kos rawatan serta imbuhan sara diri




Serangan Jantung serta kanser payudara merupaka pembunuh senyap rakyat Malaysia.






Kemalangan jalanraya adalah risiko utama yang ditempuhi ketika menggunakan kenderaan dan jalanraya





Kematian itu suatu kepastian yang dirahsiakan saatnya. Jadi, simpanan kewangan sebaiknya dilakukan bagi kehidupan anak-anak serta pasangan anda.



Kos perubatan bagi penyakit kritikal meningkat saban tahun. Anda perlu bijak dalam mengaturkan strategi kewangan anda 




Pilihan bijak di tangan anda....






Antara penyakit kritikal





+ RM100,000 tu tanggungan untuk kos rawatan setiap tahun. Bayar RM65/bulan je tu..
















































































Monday, 24 October 2016

Kenapa Melayu Tak Mahu Ambil TAKAFUL?






Kenapa Melayu kalau di ajak masuk TAKAFUL..akan mencebik kan muka..akan lari kalau di dekati..akan bagi seribu macam alasan untuk tak nak masuk..


Lebih sedih kalau kawan2 dapat tahu kita ejen TAKAFUL. At 1st memang ada 'border' la. But once mereka tengok kita dah berjaya, 'new policy' tu datang sendiri. Lumrah semua ejen TAKAFUL yang baru. Buat rakan2 seperjuangan yang baru menjadi ejen TAKAFUL ni, bertabah la. Di hujung jalan akan tiba manis nya.

Bangsa lain..walau kaya mana sekalipun..mereka tetap akan suruh insuran bayarkan bil hospital mereka..betul tak..?? Satu bangsa cina or india, mempunyai insuran hospital or perlindungan diri yang banyak dari berbagai syarikat insuran..boleh pilih yang mana satu nak pakai kalau mereka di wadkan..

Satu bangsa melayu..mempunyai banyak kad kredit sampai tak tau nak pilih yang mana satu untuk nak kumpul hutang bertimbun...

Suatu hari nanti..kalau hospital kerajaan diswastakan, dan semua pesakit kena bayar sendiri..rasanya melayu akan pergi ke rawatan alternatif yang tidak sahih mujarab nya. Atau lagi sedih, sakit tu 'disorok' sebab tak ada duit nak bayar bil hospital. Bila sudah melarat, tentu nya peluang untuk sembuh ada lah tipis. Ingat, kita ni ramai yang sayang. Jangan la bagi orang2 yang sayang kita tu susah or sedih sebab kita. Medikal kad bukan untuk kita, tapi untuk tidak menyusahkan orang yang sayang pada kita. Harap faham apa yang saya cuba sampai kan ini....

Untuk soalan saya ini, kalau anda melayu, anda jawab la sendiri. Kalau anda melayu dan belum ada TAKAFUL, boleh la kira nya hubungi saya untuk share jawapan anda. Saya hargai jawapan anda tu.

Bayar takaful setiap bulan tapi tak sakit. Rugi?






Ada yang tertanya-tanya, bayar takaful setiap bulan tapi tak dapat tuntut sebab tak masuk hospital atau tak mati. Adus..agak sedih and terkejut gak bila ditanya soalan macam ni. Tak boleh nak salahkan juga. Normal and fitrah manusia. Insuran ini adalah satu jenis servis. Mesti lah akan terdetik jugak untuk fikir macam ni. Dah bayar, mesti la nak guna kan..



Dari pengalaman saya, percaya lah, bila tiba sakit tu nanti, ramai rasa nya lebih sanggup bayar anything untuk rasa sihat dari sakit. Dan saya lak fikir, saya sanggup bayar insuran dari masuk hospital.

Adakah anda masih rasa rugi gak?

Jika dikira dari segi matematik, anda memang rugi.

Tetapi dari segi nilai hidup, anda sebenarnya untung. Nak tahu kenapa?


Minda yang tenang

Apabila anda mempunyai satu pelan takaful, ini bermakna anda tidak perlu risau jika berlaku sesuatu terhadap diri anda. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan kos perubatan yang semakin meningkat.

Contohnya, jika anda mengupah seorang pengawal keselamatan di rumah anda, adakah rugi anda membayar pengawal keselamatan tetapi tiada pencuri yang cuba masuk ke rumah anda. Tidak bukan?

Dalam keadaan tersebut, anda sudah mempunyai satu kebebasan minda. Anda tidak perlu risau jika ada pencuri cuba masuk ke rumah anda.

Ini salah satu fungsi utama takaful kepada diri sendiri iaitu memberi kebebasan minda tanpa perlu rasa takut atau risau.


Orang lain mendapat manfaat*

Apabila ajal sudah tiba, takaful bertindak sebagai satu dana yang akan diberi kepada waris anda.

Jika anda mempunyai isteri dan anak, wang tersebut sedikit sebanyak bakal membantu mereka terutama selepas kehilangan orang yang tersayang.

Anda mungkin akan rasa tenang jika anda dapat tahu waris anda bakal menerima RM1juta jika sesuatu terjadi kepada diri anda.  

*A-LifeLink-i 

Cacat kekal, percuma takaful*

Jika sesuatu berlaku terhadap diri anda seperti kemalangan yang menyebabkan cacat kekal dimana anda tidak mampu untuk bekerja, kebanyakan pelan takaful akan memberi caruman percuma setiap bulan.

Ini bermakna, anda tidak perlu membuat caruman setiap bulan tetapi anda akan terima manfaat yang sama.

*A-LifeLink-i 

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat jika anda mempunyai pelan takaful sendiri. 

Tapi percaya la. Kalau tak ada takaful anda akan lagi rugi. Selalu kita dengar/bagi reason untuk tidak ambil takafuldengan alasan tak mampu, tapi perasan tak, bila waktu datang nya musibah tu, tetiba je anda akan 'mampu'. Fikir-fikiran..

Ada Tak Medikal Kad / Takaful Cover Bersalin?





Medikal kad / insuran kita (perempuan) cover tak untuk kes bersalin? Yelah, dah bayar bulan-bulan tak kan tak ada? Dah masuk hospital, mesti la semua bil ditanggung kan? Rata-rata yang bertanyakan soalan ini adalah dari pihak suami/bapa.To be honest, kalau ada insuran mcm ni, saya pun nak and sure ramai yang senang2 je ambik insuran sebab kita tahu mengandung dan beranak tu suatu yang kemungkinan besar akan terjadi. Betul tak?

Sebenarnya semua suami mahukan perkhidmatan yang terbaik untuk isterinya bagi menyambut kelahiran anak mereka.Dan si isteri pula teringin memastikan anak yang bakal lahir pula mendapat perkhidmatan yang terbaik dan semesti nya hospital swasta menjadi pilihan utama.

Sedih untuk menjawabnya, sebab jawapan nya adalah TIDAK!!

Tiada sebarang medikal kad di Malaysia ni mahupun di seluruh dunia yang cover kos untuk bersalin. Mustahil.

Kenapa?

Di sini la kita kena faham balik fungsi sebenar insuran dan kad perubatan. Fungsi insuran ialah melindungi diri daripada risiko. Contohnya, kalau ambil medikal kad/insuran kita melindungi kesihatan tubuh badan kita.

Jadi apa-apa sahaja risiko yang berlaku pada tubuh badan kita selepas dilindungi, akan ditanggung oleh syarikat insuran untuk memulihkan badan kita. Kalau dah berlaku sebelum mendapatkan perlindungan, tak boleh.

Tapi bersalin pun risiko. Kenapa tak cover?

Ya. Bersalin memang banyak risikonya. Tapi risiko bersalin ni adalah risiko pilihan sendiri. Anda boleh memilih nak bersalin ataupun tidak. Wow..dasyat kan statement tu. Maaf, maksud saya disini, mengandung adalah ‘kejadian’ yang kita decided. Jadi bila anda buat keputusan untuk bersalin, pada masa yang sama anda buat keputusan untuk menanggung risiko tersebut.

Walau bagaimanapun, di AIA Public Takaful ada menyediakan pelan khusus untuk wanita yang mengandung atau perlindungan untuk wanita khusus nya iaitu Pelan A-Plus Venus dan A-plus Venus Extra.

Antara manfaat pelan adalah :

  1. Perlindungan dua kali ganda untuk Kanser Organ Wanita. (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  2. Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara
  3. Subsidi untuk rawatan Putus Haid dan Psikoterapi
  4. Manfaat tambahan melalui Perkhidmatan Rujukan (24/7 sehari untuk Rumah & Kenderaan)
  5. Perlindungan serta-merta bagi wanita yang hamil (Komplikasi Kehamilan seperti Kehamilan Ektopik dan Kehamilan Molar)
  6. Manfaat Anomali Kongenital sekiranya anak dilahirkan mengalami sindrom down, lelangit sumbing, kembar siam dll.
  7. Manfaat kematian fetus.
  8. Manfaat Mangsa Ragut
  9. Manfaat Pembentukan semula wajah akibat kemalangan
  10. Manfaat Pemindahan kulit akibat melecur atau kanser kulit.

Rugi Ker Ambik TAKAFUL?



Ramai antara kita ‘tak teringin’ pun nak ambil takaful sebab tak pernah sakit (warded) . Tambah lak tak pernah terfikir akan sakit dalam masa terdekat. Hidup masih panjang padahal malang tu tak berbau. 


Tapi semua agreed yang kita akan sakit (someday). Then, saya cuba ikut ‘pemikiran’ ramai yang masih ‘tak teringin’ ambik takaful  tu..


Kita ambik contoh sakit jantung..(sebab penyakit no 1 di Malaysia sekarang ni selain kanser) . Mostly ramai percaya akan kena penyakit ini. 




Maaf andai anda jenis yang berkira.. tapi kalau anda memang sejenis yang berkira, sepatut nya anda boleh nampak kiraan and isu yang cuba saya sampai kan disini.. Agree?  
Tapi andai kata anda masih rasa TIDAK BERSETUJU, harap la dapat hubungi saya dan share apa dia point tu. Feedback anda amat la saya hargai..

Agreed..tapi..
  1. Awal lagi. Nanti-nanti la... Berani tak anda jamin yang esok anda masih sihat atau tiada malang yang boleh menimpa anda?
  2. Saya masih muda.. Apa logik dengan masih muda tapi tak perlu takaful. Sakit datang tidak mengira usia. 
  3. Saya tak mampu. Caruman mahal sangat...baca balik calculation saya di atas. Caruman anda lebih tinggi or benefits yang anda dapat lagi tinggi. 
  4. Saya banyak komitment nak kena bayar.. sepatut nya takaful ada lah komitment yang paling utama. Baru la Astro, internet, mortgage dan installment (car/motor).Sebab kalau dah sakit, semua tersebut kita tak akan mampu untuk membayar nya.


Sila susun semula dan 'set' kan la balik anda punya priority (keutamaan dalam perbelanjaan) anda, baru la TAKAFUL tu 'mudah' bagi anda..

Medical Card AIA Public Takaful Malaysia Khas Untuk Wanita Sahaja (A-Plus VenusExtra-i)





A-Plus VenusExtra-i


Sebagaimana semua umum maklum, penyakit berkaitan dengan kehamilan, mengandung dan bersalin tidak dilindungi oleh Medical Card dari mana-mana syarikat insurans pun. Kenapa pulak? Ini disebabkan sifat ketidaktentuan kesan kehamilan, mengandung dan bersalin ke atas individu. Ya memang tidak dapat dijangka langsung!

Namun, berita baiknya, pihak AIA telah melancarkan satu pelan  Medical Card Individu yang khusus untuk wanita. Bukan sahaja melindungi perkara-perkara berkaitan komplikasi mengandung, Cyst, Kanser kanser berkaitan wanita, peranakan, dan banyak lagi yang berkaitan dengan wanita.

Sebelum kita teruskan, saya jelaskan dahulu tentang pelan A-Plus VenusExtra-i adalah SEJENIS PERLINDUNGAN JENIS PAMPASAN. Anda diberi pampasan bentuk CASH dan bukannya tanggungan bil dan rawatan ye. 

A-Plus VenusExtra-i adalah satu Pelan perlindungan khas untuk wanita yang komprehensif.



INSURANS UNTUK IBU MENGANDUNG


Produk ini memberikan perlindungan ‘extra’daripada penyakit – penyakit dan kompilasi berkaitan wanita. Ia memberikan perlindungan terhadap sebarang kanser organ wanita termasuk juga penyakit – penyakit lain , rawatan-rawatan dan komplikasi-komplikasi yang berkaitan dengan wanita.Antaranya:-

1. Faedah Penyakit Wanita:

i. Kanser Organ Wanita ( Payu Dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian, Vulva/Vagina atau Ovari) anda dibayar pampasan 200%.
ii. HIV yang disebabkan oleh Transfusi Darah.
iii. Kansinoma In-Situ atau CIS ( Payu Dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian, Vulva/Vagina atau Ovari) anda dibayar pampasan 100% atau RM50K yang mana lebih rendah.
iv. Systemic Lupus Erythematosus(S.L.E) dengan Lupus Nephritis. anda dibayar 20% jika berlaku selepas 30 hari tempoh menunggu dan 100% jika berlaku selepas 90 hari tempoh menunggu.


2. Faedah Rawatan:

Faedah i hingga viii adalah 30% atau RM25K yang mana lebih rendah.
i. Artritis Reumatoid Teruk
ii. Keretakan Osteoporotik – Pinggul atau Vertebra
iii. Faedah Pemindahan Kulit akibat Melecur atau Kenser Kulit.
iv. Pembedahan Pembentukan semula wajah akibat kemalangan,
v. Kehilangan Organ Pembiakan Wanita akibat Kanser (Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian,Vulva/Virgina dan Ovari).
vi. Kehilangan Organ Pembiakan Wanita akibat Kemalangan (Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian,Vulva/Virgina dan Ovari).
vii. Faedah Mastektomi (disebabkan Kanser Payu Dara)
viii. Pembedahan Pembentukan Semula Payu Dara (disebabkan Kanser Payu Dara)
ix. Lumpektomi Payu Dara(disebabkan Kanser Payu Dara). Anda dibayar 15% atau RM15K yang mana lebih rendah.

3. Faedah Kesejahteraan Mental (Psikoterapi untuk kematian pasangan yang sah atau anak yang sah)

i.  Faedah wang tunai belas ehsan akibat ragut 0.3% atau RM300 yang mana lebih rendah. Pastikan laporan polis dibuat dalam masa 24 jam ya.
 Faedah ii hingga iv anda dibayar 2% atau RM2K yang mana lebih rendah.
ii. Faedah Terapi Penggantian Hormon untuk Putus Haid.
iii. Faedah tanggung rugi hilang upaya sementara akibat hilang upaya sementara >= 14 hari akibat kemalangan yang disahkan doktor.
iv. Faedah Psikoterapi bagi kehilangan  pasangan atau anak yang sah.

4. Faedah-Faedah Bersalin

Anda dibayar 25% atau RM25K yang mana lebih rendah
i. Kompilasi Kehamilan
a. Koagulasi Intravaskular Tersebar
b. Kehamilan Ektopik.
c. Kehamilan Molar/Anggur
d. Eklampsia

Anda dibayar 25% atau RM25K yang mana lebih rendah
ii. Sumbangan Kematian
a. Kematian fetus melebihi 195 hari gestasi atau kematian anak sehingga 30 hari dari kelahiran.

Anda dibayar 25% atau RM25K yang mana lebih rendah
iii. Faedah Anomali Kongenital
a. Sindrom Down
b. Spina Bifida
c. Tetralogi Fallot
d. Sumbing Lelangit
e. Kecacatan Septum Ventricular
f. Septum Atrium Berlubang
g. Ductus Arteriosus Terbuka
h. Kembar Siam

Dan banyak lagi yang best-best….


Kita Cerita pulak syarat penting sebelum anda mohon A-Plus VenusExtra-i ni:


1- Hanya mohon sebelum anda mengandung ye. Sedang mengandung tak cover. Pampasan Faedah Bersalin termasuk komplikasi kehamilan hanay di cover selepas SATU TAHUN dari tarikh polisi insurans dan A-Plus VenusExtra-i anda bermula. Ya setahun, maknanya jika anda sedang mengandung ketika mengambil pelan ini, ianya hanya akan cover anak yang berikutnya. Kalau anda fikir buat apa nak ambil kalau tak cover, fikirkan tentang anak anda yang akan datang, kalau tangguh, mau setahun anda kena tunggu!

2-  Pelan A-Plus VenusExtra-i ini hanyalah sehingga umur 70 Tahun sahaja! Manakala Faedah Bersalin hanyalah sehingga umur 45 Tahun!

3- Faedah Kanser Organ Wanita, Waiting Period adalah 60 hari.

4- Faedah Carcinoma In-Situ (CIS), waiting period adalah 120 hari.

5- Faedah Systemic Lupus Erythematosus (S.L.E) with Lupus Nephritis, waiting period 30 hari

6- Rawatan kulit akan terbakar, kehilangan organ wanita akibat kemalangan dan penstrukturan semula wajah akibat kemalangan, waiting period 60 hari.

7- Faedah Bersalin, waiting period 1 Tahun.

8- Faedah Terapi Penggantian Hormon akibat Monopous, waiting period 1 Tahun.

9- Tak cover kalau kena AIDS, HIV, salah guna alkohol dan dadah, mendapat rawatan IVF atau IUI.

* Paling PENTING = Semua dalam VenusExtra-i ni adalah dalam bentuk "Pay and Claim"....tak dapat macam Medical Card AIA yang FREE ADMISSION....tapi janji boleh claim...terbaikkk... 


Tips PENTING = Apply sebelum disahkan kena sebarang penyakit di atas. Jika telah disahkan ada sebarang penyakit di atas, Medical Card takkan cover penyakit tersebut.





MEDICAL CARD AIA PUBLIC TAKAFUL 
(medical card Takaful Tebaik)

Kad Perubatan AIA Takaful merupakan satu plan perlindungan perubatan lengkap yang flexible sesuai untuk individu yang mementingkan perlindungan komprehensif.

  • 100 % CASHLESS (Tiada ko-takaful)
Medical Card AIA Takaful adalah 100% cashless. Tiada perkongsian amaun Ko-takaful. Ini bermaksud, bill hospital anda AIA akan dibayar 100%!!

  • UNLIMITED (Tiada had seumurhidup)
Tiada had untuk seumur hidup. Hanya had tahunan digunapakai. 
Ini bermakna, medical card anda adalah UNLIMITED. Sesuai untuk penggunaan di hari tua TANPA PERLU RISAU tentang kadar kenaikan inflasi atau kehabisan had kuota seumurhidup.

  • Flexible (Sumbang untuk perlindungan yang diperlukan sahaja)
Pelan perlindungan Perubatan AIA Takaful sangat fleksibel dimana anda boleh menyertai mengikut keperluan (needs) anda. 

Boleh menyertai pelan perlindungan perubatan secara standalone atau sebagai rider kepada polisi takafulink. Untuk mengetahui apakah Standalone polisi dan Rider takafullink, sila rujuk link ni : www. sasha-aia.blogspot.com/2012/10/type-of-medical-policy-jenis-polisi.html

Anda juga boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan peringkat kehidupan anda. Dari pakej Individu sehingga pakej keluarga, semuanya ada untuk pilihan anda! 
Sila rujuk disini utk pakej medical card AIA Takaful :www.sasha-aia.blogspot.com/2014/09/pakej-medical-card-aia-takaful.html

  • Had Tahunan yang tinggi (sehingga RM260,000 setahun)
Kad Perubatan AIA Takaful mempunyai had tahunan yang tinggi sehingga RM260,000 setahun dan had tahunan UNLIMITED!

  • Medical Card Gold VVIP dengan swipe facility
Pemegang polisi Medical Card AIA Takaful sangat bertuah, dengan swipe facility, urusan kemasukan hospital adalah semudah ABC! cepat dan mudah..


Paling menarik, Pemegang Medical Card AIA mempunyai kelebihan Kaunter khas di hospital swasta tertentu. Ini bermakna, anda tidak perlu berebut dan beratur bersama pemegang medical card syarikat lain, anda akan dilayan dikaunter khas "PRIORITY AIA". Que Management System (QMS) khas buat pelanggan AIA & AIA Public Takaful.

ini adalah sebahagian inisiatif AIA untuk memberi "excellent customer service & customer experience" yang terbaik untuk pemegang polisinya. 


  • Service 24 jam (Service GL department AIA 24 jam)
AIA Guarantee Letter department beroperasi 24 jam sehari, 365 hair setahun. Tanpa bercuti, Tanpa berehat. Kami sentiasa bersama disaat anda memerlukan 24-7 & 365 days around the year! The best in the industry!