Monday, 24 October 2016

Ada Tak Medikal Kad / Takaful Cover Bersalin?





Medikal kad / insuran kita (perempuan) cover tak untuk kes bersalin? Yelah, dah bayar bulan-bulan tak kan tak ada? Dah masuk hospital, mesti la semua bil ditanggung kan? Rata-rata yang bertanyakan soalan ini adalah dari pihak suami/bapa.To be honest, kalau ada insuran mcm ni, saya pun nak and sure ramai yang senang2 je ambik insuran sebab kita tahu mengandung dan beranak tu suatu yang kemungkinan besar akan terjadi. Betul tak?

Sebenarnya semua suami mahukan perkhidmatan yang terbaik untuk isterinya bagi menyambut kelahiran anak mereka.Dan si isteri pula teringin memastikan anak yang bakal lahir pula mendapat perkhidmatan yang terbaik dan semesti nya hospital swasta menjadi pilihan utama.

Sedih untuk menjawabnya, sebab jawapan nya adalah TIDAK!!

Tiada sebarang medikal kad di Malaysia ni mahupun di seluruh dunia yang cover kos untuk bersalin. Mustahil.

Kenapa?

Di sini la kita kena faham balik fungsi sebenar insuran dan kad perubatan. Fungsi insuran ialah melindungi diri daripada risiko. Contohnya, kalau ambil medikal kad/insuran kita melindungi kesihatan tubuh badan kita.

Jadi apa-apa sahaja risiko yang berlaku pada tubuh badan kita selepas dilindungi, akan ditanggung oleh syarikat insuran untuk memulihkan badan kita. Kalau dah berlaku sebelum mendapatkan perlindungan, tak boleh.

Tapi bersalin pun risiko. Kenapa tak cover?

Ya. Bersalin memang banyak risikonya. Tapi risiko bersalin ni adalah risiko pilihan sendiri. Anda boleh memilih nak bersalin ataupun tidak. Wow..dasyat kan statement tu. Maaf, maksud saya disini, mengandung adalah ‘kejadian’ yang kita decided. Jadi bila anda buat keputusan untuk bersalin, pada masa yang sama anda buat keputusan untuk menanggung risiko tersebut.

Walau bagaimanapun, di AIA Public Takaful ada menyediakan pelan khusus untuk wanita yang mengandung atau perlindungan untuk wanita khusus nya iaitu Pelan A-Plus Venus dan A-plus Venus Extra.

Antara manfaat pelan adalah :

  1. Perlindungan dua kali ganda untuk Kanser Organ Wanita. (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  2. Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara
  3. Subsidi untuk rawatan Putus Haid dan Psikoterapi
  4. Manfaat tambahan melalui Perkhidmatan Rujukan (24/7 sehari untuk Rumah & Kenderaan)
  5. Perlindungan serta-merta bagi wanita yang hamil (Komplikasi Kehamilan seperti Kehamilan Ektopik dan Kehamilan Molar)
  6. Manfaat Anomali Kongenital sekiranya anak dilahirkan mengalami sindrom down, lelangit sumbing, kembar siam dll.
  7. Manfaat kematian fetus.
  8. Manfaat Mangsa Ragut
  9. Manfaat Pembentukan semula wajah akibat kemalangan
  10. Manfaat Pemindahan kulit akibat melecur atau kanser kulit.

No comments:

Post a Comment